Tuesday, June 12, 2012

Minit Mesyuarat Panitia PM 1/2012

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1/2012

Tarikh : 30 DISEMBER 2011 (JUMAAT)

Masa : 11.00 PAGI

Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Kehadiran : 1. PUAN TONG BOON LIN

2. PUAN LEE MEI FOONG

3. CIK FONG HUE WEN

4. CIK CHAN CHEK LAY

5. CIK LOW KIM CHING

Tidak Hadir : -

AGENDA MESYUARAT

  1. Ucapan Aluan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu
  3. Perkara Berbangkit
  4. Pengurusan Panitia
  5. Ujian dan Peperiksaan
  6. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia.

1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang.

1.3 Banyak perkara perlu dilakukan terutama sistem pemfailan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan Moral

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 3, 2011 telah disahkan oleh Puan Lee Mei Foong.

2.2 Pengesahan telah disokong oleh Cik Chan Chek Lay.

Tindakan : -

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: -

4.0 Pengurusan panitia

4.1 Agenda 1 – Penulisan Buku Rekod Mengajar

4.1.1 Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang Akta berkenaan Penulisan Buku Rancangan Mengajar.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran Pendidikan Moral.

4.2 Agenda 2 - Pengurusan Fail

4.2.1 Pengerusi meminta setiausaha mengemaskini fail.

4.2.2 Guru-guru mata pelajaran PM dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut ke dalam fail.

4.3 Agenda 3 - Projek Pendidikan Moral

4.3.1 Pengerusi mengingatkan berkenaan projek pendidikan moral wajib dilaksanakan oleh setiap murid di luar waktu P&P.

4.3.2 Untuk mendapatkan segala keperluan bagi melaksanakan projek,

guru-guru dikehendaki mengisi borang nota minta dan meminta pengesahan dari guru besar sebelum memesan bahan dari pembekal.

4.3.3 Jawatankuasa juga memutuskan pelaksanaan Projek

Pendidikan Moral adalah sepanjang tahun dan hasilan mestilah dinilai sebelum Peperiksaan Akhir Tahun.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran Pendidikan Moral

5.0 Agenda 5- Ujian dan Peperiksaan

5.1.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun akan disediakan oleh Guru Mata Pelajaran.

5.1.2 Ujian akan dibuat sebanyak 2 kali dan disediakan oleh:-

Tahun 1 - Cik Chan Chek Lay

Tahun 2 - Puan Lee Mei Foong

Tahun 3 - Cik Low Kim Ching

Tahun 4 - Cik Low Kim Ching

Tahun 5 - Puan Tong Boon Lin

Tahun 6 - Cik Fong Hue Wen

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Tiada.

Tindakan: -

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

________________________

(LOW KIM CHING)

Setiausaha Panitia Pendidikan Moral

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

Disahkan oleh,

___________________

(TONG BOON LIN)

Pengerusi Panitia Pendidikan Moral

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

No comments:

Post a Comment