SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
KERTAS KERJA
PROGRAM HARI IBU BAPA
TARIKH :
23 MEI 2012
TEMPAT :
DEWAN MAKAN
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan tujuan berikut:
1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan daripada Pengerusi PIBG.
2.0 PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak sekolah terhadap perkara-perkara berikut:
2.1 Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang lebih mementingkan amali daripada pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Atas sebab ”menyayangi ahli keluarga” ialah salah satu hasil pembelajaran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Program Hari Ibu Bapa yang bertujuan memupuk sifat penyayang dalam diri murid terhadap ahli keluarga, terutamanya terhadap ibu bapa.
2.2 Program ini memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa, memberi peluang kepada ibu bapa untuk menerima penghargaan daripada murid, dan memberi peluang kepada guru untuk mendidik murid tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa. Dengan program ini, hubungan antara murid, ibu bapa dan guru dapat dieratkan.
2.3 Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama PIBG sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meraikan para ibu bapa sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.
3.2 Memupuk sifat murid yang memahami dan menghargai jasa ibu bapa.
3.3 Mendedahkan adat tradisional Cina kepada murid tentang cara melayan, menjaga dan menghargai jasa ibu bapa.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 23 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Makan, SJK(C) Yoke Hua Air Mawang
5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA
5.1 Semua murid dan ibu bapa atau penjaga murid SJK(C) Yoke Hua Air Mawang.
5.2 Bilangan peserta: murid – 41 orang; ibu bapa / penjaga – 30 orang; guru dan staf sokongan – 17 orang; tetamu khas – 15 orang.
6.0 TENTATIF PROGRAM
Masa | Perkara |
1.00pm | Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga Murid / Tetamu |
1.30pm | Ucapan · Guru Besar · Pengerusi LPS · Pengerusi PIBG |
1.45pm | Ucapan Perasmian – dirasmikan oleh Ketua Kampung Air Mawang |
1.50pm | Tayangan Video |
2.00pm | Persembahan Murid – nyanyian lagu dan isyarat tangan |
2.15pm | Aktiviti Menghargai Jasa Ibu Bapa |
2.45pm | Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru Kelas – Pengagihan Rekod Kemajuan |
3.30pm | Jamuan |
4.00pm | Bersurai |
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : Puan Tong Boon Lin
Pengerusi Penyelaras : Cik Low Kim Ching
Setiausaha : Puan Lee Mei Foong
Bendahari : Cik Low Kim Ching
Pengacara Majlis : Encik Chong Guang Leei, Cik Tan Ai Peng
Jurugambar : Puan Wong Yuan Huey (K), Cik Chan Chek Lay
AJK Persiapan Dewan : Puan Goh Beng Yow(K), Encik Idris, Encik Khalid, Encik Abdul Manan
AJK Backdrop : Cik Chan Chek Lay
AJK Siaraya : Encik Chong Guang Leei
AJK Pendaftaran : Cik Lee Mei Foong (K), Cik Fong Hue Wen
AJK Disiplin Murid : Puan Goh Beng Yow (K), Cik Sau Wan Mei
AJK Persembahan : Cik Sau Wan Mei
AJK Upacara : Semua guru kelas (Cik Low, Cik Sau, Puan Goh, Encik Chong, Cik Tong, Cik Chan)
AJK Jamuan : Cik Tong Li Xiang (K), Ustazah Adibah, Puan Hapsah, Puan Ifa
Senarai Tugas
Jawatan | Tugas |
Setiausaha | · menyediakan notis, kad jemputan, surat balas tetamu |
Bendahari | · menguruskan tuntutan perbelanjaan · menyediakan penyata kewangan |
Juruacara | · mempengerusikan majlis |
Jurugambar | · menangkap gambar perjalanan program |
AJK Dewan | · menyediakan dewan, tempat duduk (murid, ibu bapa, tetamu khas dan guru) |
AJK Backdrop | · menyediakan backdrop pentas |
AJK Siaraya | · menyedia dan mengendalikan alat siaraya – amplifier, mikrofon, laptop, projektor dan lain-lain |
AJK Pendaftaran | · menyediakan kaunter pendaftaran · menyediakan borang tandatangan kehadiran |
AJK Disiplin Murid | · mengawal disiplin dan mengarahkan tindakan murid |
AJK Persembahan | · melatih persembahan murid – isyarat tangan |
AJK Upacara Hidang Air Teh | · menyerahkan cawan yang diisi air teh kepada murid · mengajar murid tentang cara menghidang air teh |
AJK Jamuan | · menyediakan tempat makan, makanan, minuman dan peralatan makan |
8.0 ANGGARAN KEWANGAN
Makanan dan Minuman (RM 2.00 seorang)
100 orang x RM 2.00 RM 200.00
JUMLAH RM 200.00
9.0 KEPERLUAN PERALATAN
- mikrofon – 2; amplifier – 1; projektor – 1
- meja panjang – 6 (1 untuk pendaftaran, 1 untuk juruacara, 4 untuk jamuan)
- kerusi – 100
10.0 PENUTUP
Semoga program Hari Ibu Bapa ini dapat mencapai objektif terutama bagi meraikan ibu bapa atau penjaga yang telah banyak berjasa kepada murid-murid. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan kerjasama yang padu dari semua pihak.
Disediakan oleh, Disemak dan Diperakukan oleh, Diluluskan oleh,
___________________ ______________________ ___________________
(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN) (En. LOW SANG WEE)
Setiausaha, Pengerusi, Pengerusi PIBG,
Program Hari Ibu Bapa, Program Hari Ibu Bapa, SJK(C) Yoke Hua
Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Moral, Air Mawang.
SJK(C) Yoke Hua Air Mawang. SJK(C) Yoke Hua Air Mawang.