古时候父母认为孩童必须先把自己的品行道德奠定好基础,才能更进一步学习其他科目。没有好的品行道德作基础,学习其他的科目也是枉然。古人上学的目的在做圣做贤,为人民服务,不是为名闻利养。(仁慈儿童经典教育中心版《弟子规·前言》)
Saturday, July 14, 2012
Aktiviti P&P Moral Tahun 4 - Lakonan
Projek Moral Tahun 4
Tuesday, June 12, 2012
Kertas Kerja Program Hari Ibu Bapa
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
KERTAS KERJA
PROGRAM HARI IBU BAPA
TARIKH :
23 MEI 2012
TEMPAT :
DEWAN MAKAN
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan tujuan berikut:
1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan daripada Pengerusi PIBG.
2.0 PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak sekolah terhadap perkara-perkara berikut:
2.1 Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang lebih mementingkan amali daripada pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Atas sebab ”menyayangi ahli keluarga” ialah salah satu hasil pembelajaran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Program Hari Ibu Bapa yang bertujuan memupuk sifat penyayang dalam diri murid terhadap ahli keluarga, terutamanya terhadap ibu bapa.
2.2 Program ini memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa, memberi peluang kepada ibu bapa untuk menerima penghargaan daripada murid, dan memberi peluang kepada guru untuk mendidik murid tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa. Dengan program ini, hubungan antara murid, ibu bapa dan guru dapat dieratkan.
2.3 Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama PIBG sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meraikan para ibu bapa sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.
3.2 Memupuk sifat murid yang memahami dan menghargai jasa ibu bapa.
3.3 Mendedahkan adat tradisional Cina kepada murid tentang cara melayan, menjaga dan menghargai jasa ibu bapa.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 23 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Makan, SJK(C) Yoke Hua Air Mawang
5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA
5.1 Semua murid dan ibu bapa atau penjaga murid SJK(C) Yoke Hua Air Mawang.
5.2 Bilangan peserta: murid – 41 orang; ibu bapa / penjaga – 30 orang; guru dan staf sokongan – 17 orang; tetamu khas – 15 orang.
6.0 TENTATIF PROGRAM
Masa | Perkara |
1.00pm | Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga Murid / Tetamu |
1.30pm | Ucapan · Guru Besar · Pengerusi LPS · Pengerusi PIBG |
1.45pm | Ucapan Perasmian – dirasmikan oleh Ketua Kampung Air Mawang |
1.50pm | Tayangan Video |
2.00pm | Persembahan Murid – nyanyian lagu dan isyarat tangan |
2.15pm | Aktiviti Menghargai Jasa Ibu Bapa |
2.45pm | Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru Kelas – Pengagihan Rekod Kemajuan |
3.30pm | Jamuan |
4.00pm | Bersurai |
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : Puan Tong Boon Lin
Pengerusi Penyelaras : Cik Low Kim Ching
Setiausaha : Puan Lee Mei Foong
Bendahari : Cik Low Kim Ching
Pengacara Majlis : Encik Chong Guang Leei, Cik Tan Ai Peng
Jurugambar : Puan Wong Yuan Huey (K), Cik Chan Chek Lay
AJK Persiapan Dewan : Puan Goh Beng Yow(K), Encik Idris, Encik Khalid, Encik Abdul Manan
AJK Backdrop : Cik Chan Chek Lay
AJK Siaraya : Encik Chong Guang Leei
AJK Pendaftaran : Cik Lee Mei Foong (K), Cik Fong Hue Wen
AJK Disiplin Murid : Puan Goh Beng Yow (K), Cik Sau Wan Mei
AJK Persembahan : Cik Sau Wan Mei
AJK Upacara : Semua guru kelas (Cik Low, Cik Sau, Puan Goh, Encik Chong, Cik Tong, Cik Chan)
AJK Jamuan : Cik Tong Li Xiang (K), Ustazah Adibah, Puan Hapsah, Puan Ifa
Senarai Tugas
Jawatan | Tugas |
Setiausaha | · menyediakan notis, kad jemputan, surat balas tetamu |
Bendahari | · menguruskan tuntutan perbelanjaan · menyediakan penyata kewangan |
Juruacara | · mempengerusikan majlis |
Jurugambar | · menangkap gambar perjalanan program |
AJK Dewan | · menyediakan dewan, tempat duduk (murid, ibu bapa, tetamu khas dan guru) |
AJK Backdrop | · menyediakan backdrop pentas |
AJK Siaraya | · menyedia dan mengendalikan alat siaraya – amplifier, mikrofon, laptop, projektor dan lain-lain |
AJK Pendaftaran | · menyediakan kaunter pendaftaran · menyediakan borang tandatangan kehadiran |
AJK Disiplin Murid | · mengawal disiplin dan mengarahkan tindakan murid |
AJK Persembahan | · melatih persembahan murid – isyarat tangan |
AJK Upacara Hidang Air Teh | · menyerahkan cawan yang diisi air teh kepada murid · mengajar murid tentang cara menghidang air teh |
AJK Jamuan | · menyediakan tempat makan, makanan, minuman dan peralatan makan |
8.0 ANGGARAN KEWANGAN
Makanan dan Minuman (RM 2.00 seorang)
100 orang x RM 2.00 RM 200.00
JUMLAH RM 200.00
9.0 KEPERLUAN PERALATAN
- mikrofon – 2; amplifier – 1; projektor – 1
- meja panjang – 6 (1 untuk pendaftaran, 1 untuk juruacara, 4 untuk jamuan)
- kerusi – 100
10.0 PENUTUP
Semoga program Hari Ibu Bapa ini dapat mencapai objektif terutama bagi meraikan ibu bapa atau penjaga yang telah banyak berjasa kepada murid-murid. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan kerjasama yang padu dari semua pihak.
Disediakan oleh, Disemak dan Diperakukan oleh, Diluluskan oleh,
___________________ ______________________ ___________________
(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN) (En. LOW SANG WEE)
Setiausaha, Pengerusi, Pengerusi PIBG,
Program Hari Ibu Bapa, Program Hari Ibu Bapa, SJK(C) Yoke Hua
Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Moral, Air Mawang.
SJK(C) Yoke Hua Air Mawang. SJK(C) Yoke Hua Air Mawang.
Minit Mesyuarat Panitia PM 2/2012
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG
73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 2/2012
Tarikh : 5 APRIL 2011 (KHAMIS)
Masa : 1.30 PETANG
Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Kehadiran : 1. PUAN TONG BOON LIN
2. CIK LOW KIM CHING
3. CIK CHAN CHEK LAY
4. CIK FONG HUE WEN
Tidak Hadir : tiada
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaksanaan Projek Pendidikan Moral
5. Hal-hal Lain
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan semua guru.
1.2 Beliau mengingatkan ahli-ahli panitia supaya menjalankan mesyuarat berpandukan agenda yang telah ditetapkan.
Tindakan: semua ahli panitia Pendidikan Moral
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama 2012 disahkan oleh Cik Chan Chek Lay.
2.2 Pengesahan disokong oleh Cik Fong Hue Wen.
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Guru-guru Pendidikan Moral diingatkan untuk melaksanakan projek bagi kelas masing-masing sebelum Ujian Bulan Mei. Peratusan markah adalah seperti berikut:
Ujian Bertulis : 70 markah
Ujian Amali : 30 markah (10 markah nilai moral + 20 markah projek)
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
3.2 Penolakan markah akan dikenakan atas kesilapan tulisan / ejaan murid dalam ujian bertulis, iaitu 0.5 markah bagi satu kesilapan.
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
4.0 Pelaksanaan Projek Pendidikan Moral
4.1 Semua guru Pendidikan Moral bersetuju untuk menjalankan “Projek DJ Sekolah”. Semua guru sekolah terlibat dengan projek ini dan setiap guru bertugas akan memilih 1 – 3 murid daripada kelas yang ditetapkan untuk menjadi DJ. Program bertema perayaan akan disiarkan pada pukul 7.10a.m. hingga 7.20a.m. (sebelum sesi bacaan pagi) pada tarikh yang ditetapkan, melalui sistem P.A. yang ditempatkan di bilik darjah Tahun 1. Jadual bertugas dan tarikh program akan ditetapkan oleh ketua panitia.
Tindakan: ketua panitia Pendidikan moral dan semua guru
4.2 Pengerusi mencadangkan Hari Ibu Bapa sebagai projek tahunan panitia. Projek ini dipersetujui dan ditetapkan tarikh dan masanya seperti berikut:
Tarikh: 23 Mei 2012 (Rabu)
Masa: 1.30p.m. hingga 4.00p.m.
Projek ini disertai semua guru dan murid sekolah. Perancangan aktiviti dan pengagihan tugas akan dilakukan oleh pengerusi dan ketua panitia, kemudian akan dimaklumkan kepada semua guru.
Tindakan: ketua panitia Pendidikan Moral dan semua guru
5.0 Hal-Hal Lain
5.1 P&P kesemua guru Pendidikan Moral menepati Rancangan Pengajaran Tahunan masing-masing. Namun sesetengah guru menggunakan sebahagian waktu Pendidikan Moral untuk mengajar mata pelajaran lain. Guru-guru digalakkan menggunakan waktu tersebut dengan sepenuhnya untuk mengajar Pendidikan Moral supaya memanfaatkan murid dan membina insan yang bermoral.
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
5.2 Kaedah P&P kebanyakan guru Pendidikan Moral ialah “chalk and talk” atau pengongsian pengalaman. Guru-guru digalak untuk mempelbagaikan kaedah P&P dengan melebihkan kerja persiapan dan berbincang dengan ketua panitia atau guru-guru Pendidikan Moral yang lain.
Tindakan: semua guru Pendidikan Moral
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemakkan oleh,
____________________________ ____________________________
(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Pengerusi Panitia Pendidikan Moral
SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG