Tuesday, June 12, 2012

Kertas Kerja Program Hari Ibu Bapa

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI IBU BAPA


TARIKH :

23 MEI 2012

TEMPAT :

DEWAN MAKAN

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG


1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan tujuan berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan daripada Pengerusi PIBG.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak sekolah terhadap perkara-perkara berikut:

2.1 Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang lebih mementingkan amali daripada pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Atas sebab ”menyayangi ahli keluarga” ialah salah satu hasil pembelajaran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Program Hari Ibu Bapa yang bertujuan memupuk sifat penyayang dalam diri murid terhadap ahli keluarga, terutamanya terhadap ibu bapa.

2.2 Program ini memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa, memberi peluang kepada ibu bapa untuk menerima penghargaan daripada murid, dan memberi peluang kepada guru untuk mendidik murid tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa. Dengan program ini, hubungan antara murid, ibu bapa dan guru dapat dieratkan.

2.3 Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama PIBG sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan para ibu bapa sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

3.2 Memupuk sifat murid yang memahami dan menghargai jasa ibu bapa.

3.3 Mendedahkan adat tradisional Cina kepada murid tentang cara melayan, menjaga dan menghargai jasa ibu bapa.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 23 Mei 2012

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Makan, SJK(C) Yoke Hua Air Mawang


5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA

5.1 Semua murid dan ibu bapa atau penjaga murid SJK(C) Yoke Hua Air Mawang.

5.2 Bilangan peserta: murid – 41 orang; ibu bapa / penjaga – 30 orang; guru dan staf sokongan – 17 orang; tetamu khas – 15 orang.

6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa

Perkara

1.00pm

Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga Murid / Tetamu

1.30pm

Ucapan

· Guru Besar

· Pengerusi LPS

· Pengerusi PIBG

1.45pm

Ucapan Perasmian – dirasmikan oleh Ketua Kampung Air Mawang

1.50pm

Tayangan Video

2.00pm

Persembahan Murid – nyanyian lagu dan isyarat tangan

2.15pm

Aktiviti Menghargai Jasa Ibu Bapa

2.45pm

Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru Kelas – Pengagihan Rekod Kemajuan

3.30pm

Jamuan

4.00pm

Bersurai

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Puan Tong Boon Lin

Pengerusi Penyelaras : Cik Low Kim Ching

Setiausaha : Puan Lee Mei Foong

Bendahari : Cik Low Kim Ching

Pengacara Majlis : Encik Chong Guang Leei, Cik Tan Ai Peng

Jurugambar : Puan Wong Yuan Huey (K), Cik Chan Chek Lay

AJK Persiapan Dewan : Puan Goh Beng Yow(K), Encik Idris, Encik Khalid, Encik Abdul Manan

AJK Backdrop : Cik Chan Chek Lay

AJK Siaraya : Encik Chong Guang Leei

AJK Pendaftaran : Cik Lee Mei Foong (K), Cik Fong Hue Wen

AJK Disiplin Murid : Puan Goh Beng Yow (K), Cik Sau Wan Mei

AJK Persembahan : Cik Sau Wan Mei

AJK Upacara : Semua guru kelas (Cik Low, Cik Sau, Puan Goh, Encik Chong, Cik Tong, Cik Chan)

AJK Jamuan : Cik Tong Li Xiang (K), Ustazah Adibah, Puan Hapsah, Puan Ifa


Senarai Tugas

Jawatan

Tugas

Setiausaha

· menyediakan notis, kad jemputan, surat balas tetamu

Bendahari

· menguruskan tuntutan perbelanjaan

· menyediakan penyata kewangan

Juruacara

· mempengerusikan majlis

Jurugambar

· menangkap gambar perjalanan program

AJK Dewan

· menyediakan dewan, tempat duduk (murid, ibu bapa, tetamu khas dan guru)

AJK Backdrop

· menyediakan backdrop pentas

AJK Siaraya

· menyedia dan mengendalikan alat siaraya – amplifier, mikrofon, laptop, projektor dan lain-lain

AJK Pendaftaran

· menyediakan kaunter pendaftaran

· menyediakan borang tandatangan kehadiran

AJK Disiplin Murid

· mengawal disiplin dan mengarahkan tindakan murid

AJK Persembahan

· melatih persembahan murid – isyarat tangan

AJK Upacara Hidang Air Teh

· menyerahkan cawan yang diisi air teh kepada murid

· mengajar murid tentang cara menghidang air teh

AJK Jamuan

· menyediakan tempat makan, makanan, minuman dan peralatan makan

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Makanan dan Minuman (RM 2.00 seorang)

100 orang x RM 2.00 RM 200.00

JUMLAH RM 200.00

9.0 KEPERLUAN PERALATAN

  • mikrofon – 2; amplifier – 1; projektor – 1
  • meja panjang – 6 (1 untuk pendaftaran, 1 untuk juruacara, 4 untuk jamuan)
  • kerusi – 100

10.0 PENUTUP

Semoga program Hari Ibu Bapa ini dapat mencapai objektif terutama bagi meraikan ibu bapa atau penjaga yang telah banyak berjasa kepada murid-murid. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan kerjasama yang padu dari semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak dan Diperakukan oleh, Diluluskan oleh,

___________________ ______________________ ___________________

(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN) (En. LOW SANG WEE)

Setiausaha, Pengerusi, Pengerusi PIBG,

Program Hari Ibu Bapa, Program Hari Ibu Bapa, SJK(C) Yoke Hua

Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Moral, Air Mawang.

SJK(C) Yoke Hua Air Mawang. SJK(C) Yoke Hua Air Mawang.

Cerita: Pekan "Bai Yin Xian Jing" (Menyayangi Alam Sekitar)

Cerita: Hari Krismas Yang Bahagia (Tolong-Menolong, Menyayangi Keluarga)

Cerita: Kepahitan Air Mata Menerangkan Mata (Tabah)

Cerita: Kegembiraan Membatu Orang Lain (Tolong-Menolong)

Cerita: Kad Hari Raya (Menyayangi Keluarga)

Cerita: Sebuku Roti Kecil (Keikhlasan, Bersyukur)

Cerita: Mempunyai Hati Yang Bersyukur (Bersyukur)

Cerita: Gandum Baka Baik (Mengongsi, Tolong-Menolong)

Cerita: Tubuh Badan Itu Modal (Kesihatan)

Cerita: Sihir Emas (Rajin)

Cerita: Baju Baharu Ibu (Menyayangi Binatang)

Cerita: Confucius Belajar Menulis (Rajin / Taat Kepada Ibu Bapa)

Cerita: Raja Yang Melarikan Diri (Bertanggungjawab)





Minit Mesyuarat Panitia PM 2/2012

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 2/2012

Tarikh : 5 APRIL 2011 (KHAMIS)

Masa : 1.30 PETANG

Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Kehadiran : 1. PUAN TONG BOON LIN

2. CIK LOW KIM CHING

3. CIK CHAN CHEK LAY

4. CIK FONG HUE WEN

Tidak Hadir : tiada

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu

3. Perkara Berbangkit

4. Pelaksanaan Projek Pendidikan Moral

5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan semua guru.

1.2 Beliau mengingatkan ahli-ahli panitia supaya menjalankan mesyuarat berpandukan agenda yang telah ditetapkan.

Tindakan: semua ahli panitia Pendidikan Moral

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama 2012 disahkan oleh Cik Chan Chek Lay.

2.2 Pengesahan disokong oleh Cik Fong Hue Wen.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Guru-guru Pendidikan Moral diingatkan untuk melaksanakan projek bagi kelas masing-masing sebelum Ujian Bulan Mei. Peratusan markah adalah seperti berikut:

Ujian Bertulis : 70 markah

Ujian Amali : 30 markah (10 markah nilai moral + 20 markah projek)

Tindakan: semua guru Pendidikan Moral

3.2 Penolakan markah akan dikenakan atas kesilapan tulisan / ejaan murid dalam ujian bertulis, iaitu 0.5 markah bagi satu kesilapan.

Tindakan: semua guru Pendidikan Moral

4.0 Pelaksanaan Projek Pendidikan Moral

4.1 Semua guru Pendidikan Moral bersetuju untuk menjalankan “Projek DJ Sekolah”. Semua guru sekolah terlibat dengan projek ini dan setiap guru bertugas akan memilih 1 – 3 murid daripada kelas yang ditetapkan untuk menjadi DJ. Program bertema perayaan akan disiarkan pada pukul 7.10a.m. hingga 7.20a.m. (sebelum sesi bacaan pagi) pada tarikh yang ditetapkan, melalui sistem P.A. yang ditempatkan di bilik darjah Tahun 1. Jadual bertugas dan tarikh program akan ditetapkan oleh ketua panitia.

Tindakan: ketua panitia Pendidikan moral dan semua guru

4.2 Pengerusi mencadangkan Hari Ibu Bapa sebagai projek tahunan panitia. Projek ini dipersetujui dan ditetapkan tarikh dan masanya seperti berikut:

Tarikh: 23 Mei 2012 (Rabu)

Masa: 1.30p.m. hingga 4.00p.m.

Projek ini disertai semua guru dan murid sekolah. Perancangan aktiviti dan pengagihan tugas akan dilakukan oleh pengerusi dan ketua panitia, kemudian akan dimaklumkan kepada semua guru.

Tindakan: ketua panitia Pendidikan Moral dan semua guru

5.0 Hal-Hal Lain

5.1 P&P kesemua guru Pendidikan Moral menepati Rancangan Pengajaran Tahunan masing-masing. Namun sesetengah guru menggunakan sebahagian waktu Pendidikan Moral untuk mengajar mata pelajaran lain. Guru-guru digalakkan menggunakan waktu tersebut dengan sepenuhnya untuk mengajar Pendidikan Moral supaya memanfaatkan murid dan membina insan yang bermoral.

Tindakan: semua guru Pendidikan Moral

5.2 Kaedah P&P kebanyakan guru Pendidikan Moral ialah “chalk and talk” atau pengongsian pengalaman. Guru-guru digalak untuk mempelbagaikan kaedah P&P dengan melebihkan kerja persiapan dan berbincang dengan ketua panitia atau guru-guru Pendidikan Moral yang lain.

Tindakan: semua guru Pendidikan Moral

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

____________________________ ____________________________

(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN)

Ketua Panitia Pendidikan Moral Pengerusi Panitia Pendidikan Moral

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG